UCAPAN LARIAN AMAL

UCAPAN YDP PIBG IR HJ AHMAD MUSTAFFA MUSTAAL HJ ABDULLAH

LARIAN AMAL PIBG 2011
SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi.
Sabtu 19 Feb. 2011

Bismillahir Rahmanir Rahim,
Assalamualaikum WBKT dan Selamat sejahtera
Yang Berbahagia Dato’ Fathil Daud, Ketua UMNO Bahagian Serdang,
Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat,
Yang Berusaha Pn Hajah Noorizan bt Mohamed, Pengetua SMKJE
Pn Nurul Aini Chan bt Abdullah, Penolong Kanan,
Pn Hajah Jahani bt Kafi, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn Hajah Ruzlina bt Mohd Yusof, Penolong Kanan Kokurikulum
AJK PIBG, guru-guru dan murid-murid sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama berkumpul untuk menjayakan satu lagi program PIBG iaitu Larian Amal 2011.

Dato’-dato’, Datin-datin, tuan-tuan dan puan yang dirahmati Allah sekalian,
Program ini adalah satu program tahunan sekolah yaitu merentas desa yang dinaiktaraf agar ianya dijadikan Program PIBG dalam usahanya meningkatkan DANA bagi pembinaan padang sekolah, dan mempertingkatkan pembangunan kokurikulum. Sasaran Dana untuk program ini adalah sebanyak RM 390,000.00. Justeru itu, kita telah mengedarkan kad kutipan larian amal kepada semua ibu bapa/penjaga, guru-guru dan murid-murid.
Kutipan ini tidak terhenti pada hari ini tetapi akan diteruskan sehingga kita mencapai sasaran yang dinyatakan.
PIBG menyokong penuh Objektif Sekolah untuk mengadakan larian amal ini dalam menggerakkan aktiviti berbentuk kecergasan dan ke arah pembangunan modal insan. Insan yang sihat dan cergas sahajalah yang berkeupayaan melaksanakan sesuatu tugas dengan berkesan serta dapat memuaskan hati pelanggannya.
Oleh yang demikian, saya menyarankan supaya kita terus melibatkan diri dengan aktiviti berbentuk kecergasan bukan hanya dalam program larian amal malah sebagai amalan harian dalam menjaga serta meningkatkan lagi kesihatan diri kita. InsyaaAllah.

Larian amal pada hari ini terbuka kepada semua murid, guru, ibu bapa/penjaga dan kakitangan SMK Jalan Empat serta Sekolah sekolah jemputan yang berhampiran. Larian Amal ini juga mampu meningkatkan hubungan silaturahim dikalangan ibubapa, para guru serta Komuniti pendidikan setempat yang telah sedia terjalin

Dato’-dato’, Datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian,

Kita juga perlu menyedari bahawa dalam sesuatu pertandingan, kemenangan atau kekalahan bukanlah SATU-SATUnya ukuran dalam menentukan kualiti sesebuah pasukan. Sebaliknya kualiti yang baik itu diukur pada pasukan yang senantiasa menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, bersatu padu, bertoleransi, sikap menerima kekalahan serta meraikan kemenangan dengan berhemah. Saya amat berharap agar Larian Amal ini akan berjalan dalam suasana yang meriah dan ceria berlandaskan semangat kesukanan yang tulen.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak-pihak yang telah menghulurkan sumbangan dan kepada yang belum, esok masih ada dan teruslah berbakti untuk SMKJ4.

Tidak lupa saya mengucapkan terima kasih juga kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam memberikan kerjasama dalam menjayakan Larian Amal ini.
Sekian. Wabillahitaufik walhidayah, wassalam…

Ir HJ Ahmad Mustaffa Mustaal b. HJ Abdullah
YDP PIBG SMK Jalan 4 Bandar Baru Bangi

Published in: on Februari 14, 2011 at 3:57 pm  Tinggalkan Komen  

Progam DNA-Biotek MOSTI

Dengan Kerjasama MOSTI dan  Pusat Pengajian Biosains Dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi UKM, pihak SMK Jalan 4 Bandar Baru Bangi telah mengadakan Program Pengenalan Biotek  baru baru ini.

Program berkenaan terdiri dari 3 format yaitu pertama taklimat, ujikaji makmal dan permainan. Sebanyak RM4000 diberikan oleh MOSTI dalam melaksanakan program berkenaan dan seramai 106 murid dan guru telah terlibat sama dalam menjayakan projek ini

Disamping itu beberapa guru dan murid murid sekolah disekitar Bandar Baru bangi turut di jemput sama untuk mengambil bahagian.  Pihak PIBG ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Prof Dr Othman b Omar bersama Prof Dr Sahidan dari UKM yang membawa program ini ke SMK Jalan 4. Semoga segala usaha diberkati Illahi serta memberi pendedahan terutamanya kepada  pelajar yang mengambil bahagian serta dapat mengenali erti kata dan kepentingan  pengunaan biotek dalam keadaan semasa.

Program turut dilawati YDP, Ir Hj Ahmad Mustaffa Mustaal dengan di iringi oleh J/K PIBG Prof Dr Othman dan Dr Sabrina bte Abd Rahman

Published in: on November 13, 2010 at 4:27 pm  Tinggalkan Komen  

Surat Penajaan Larian Amal 2010

Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat

Jalan 4/10,Seksyen 4,43650,Bandar Baru Bangi,

Selangor Darul Ehsan.                                                  Telefon:03-89258028

Fax: 03-89254749

__________________________________________________________________________________

Ruj.Tuan    :

Ruj. Kami  :     (32 ) dlm SMKJE PIBG 02/01/001

Tarikh        :      8hb Nov.  2010

Kepada,

SEMUA IBU BAPA/PENJAGA

MEMOHON SUMBANGAN/TAJAAN SEMPENA PROGRAM LARIAN AMAL

PIBG SMK  JALAN EMPAT 2011

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa PIBG SMK Jalan Empat Bandar Baru Bangi telah mendapat mandat semasa Mesyuarat Agung PIBG ke 7,  2010 untuk  menganjurkan program di atas..

2.   Objektif program ini diadakan adalah untuk;

2.1       Pembinaan Padang Sekolah

2.2       Pembangunan KokurikulumSekolah.

3.  Berikut merupakan butiran program tersebut

3.1       Nama Program : Larian Amal PIBG SMK Jalan Empat 2011

3.2       Tarikh                :19 Februari 2011

3.3       Hari                 :Sabtu

3.4       Masa                : 7.30  pagi

3.5       Tempat              : Dataran  Kecemerlangan Sekolah

4.     Sehubungan itu, pihak kami berusaha untuk mendapatkan  sebarang sumbangan mahupun penajaan bagi menjayakan program ini. Kami memohon jasa  baik YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan agar bersama-sama menyumbang untuk tujuan murni ini. Besarlah harapan kami, dapat kiranya Borang Sumbangan ini dapat dikembalikan  sebelum 31 November  2010.  Sumbangan cek/MO/PO yang terpalang hendaklah ditulis aras nama PIBG SMK JALAN EMPAT BANDAR BARU BANGI.

5.     Segala sumbangan YBhg Dato/Datin/Tuan/Puan kami dahului dengan ucapan   terima kasih.

“ DEMI KESEJAHTERAAN ANAK CEMERLANG KITA”

Yang Menjalankan Tugas

Ir. Hj Ahmad Mustaffa Mustaal b. Abdullah

Yang DiPertua PIBG

SMK Jalan Empat Bandar Baru Bangi

43650 Bandar Baru Bangi

BORANG JAWAPAN

………………………………………………..

………………………………………………..

………………………………………………..

Kepada,

PersatuanIbuBapadan Guru (PIBG)

SMK JalanEmpat,

Bandar BaruBangi,

Selangor.

YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan

SUMBANGAN/TAJAAN PROGRAM LARIAN AMAL PIBG SMK  JALAN EMPAT 2011

Dengan ini saya , …………………………………………………..bersetuju memberi sumbangan berikut,

Sumbangan wang sebanyak RM _______________@ Cek No _____________

(RINGGIT MALAYSIA__________________________________________________)

Hamper untuk Cabutan Bertuah _____________________________________

(Nyatakan jenis barangan)

Barang Tajaan Hadiah Pemenang _____________________________________

(Nyatakan jenis barangan)

Voucher/Lain-lain.

(Nyatakan jenisnya)

Sekian ,terimakasih.

Yang benar ,

………………………………………

(                                                                 )

ü  :Sumbangan berupa wang ringgit amat di alu-alukan

ü  Jika sumbangan dibuat mellaui cek, hendaklah ditulis atas nama PIBG SMK Jalan

Empat 2011

Published in: on November 9, 2010 at 9:45 am  Tinggalkan Komen  

Hari Kualiti 2010

Ucapan YDP PIBG SMK Jalan 4

Ir Hj Ahmad Mustaffa Mustaal b. Abdullah

Assalamualaikum wm. wbr. dan salam sejahtera

Saya ingin membawa anak-anak cemerlang serta para hadirin sekelian mengenali Guru Kualiti Moden sempena Hari Kualiti yang kita raikan pada kali ini.  Siapakah beliau…? ……ada cadangan ? orang Malaysia, Amerika, Europa, British atau Jepun ….?  Apakah yang kita boleh belajar daripada beliau.

Beliau adalah W. Edwards Deming, beliau adalah Warganegara Amerika, Ahli Fizik. Lahir pada tahun 1900 dan meninggal dunia pada tahun 1993. Pada tahun 1917, Deming belajar di University of Wyoming, tahun 1921 pula memperoleh BSc Electrical Engineering, bagaimanapun beliau berkerja sebagai pencuci utk menampung  kos pembelajarannya di University, tahun 1925  beliau peroleh  M.S. in physics and mathematics, 1928 perolehi Phd daripada YALE University. Beliau yang mahir di bidang statistik pada tahun 1938  berkerja sebagai “mathematical physicist” di U.S. Department of Agriculture (USDA). Menghasilkan 200 penulisan  berbentuk kertas kerja, makalah, dan buku seperti Out of the Crisis 1986 terbitan MIT. Pada tahun 1946, beliau berkerja di Jepun bersama Kenichi Koyanagi, bapa pertubuhan  Japanese Scientists and Engineers (JUSE), menggunakan  “statistical process methods”* yang dipelopori oleh Walter Andrew Shewhart dalam membina semula industry Jepun dimana kursus ini dilaksanakan secara bersama.

Dr. Deming bersifat holistik dimana beliau boleh bermain flute dan  dram dan beliau memperoleh anugerah Maharaja Hirohito pada 1960.

Semasa di Jepun beliau berkata : “I told [Japanese industrialists] Japanese quality could be the best in the world, instead of the worst,” kata beliau dan ramai yang curiga(skeptical) “I was the only man in Japan who believed that Japanese industry could do that.” Deming mengeluarkan kenyataan (statement) that the Japanese could capture world market within five years if they followed his advice. “They beat my prediction. I had said it would need five years. It took four.”

Jepun diberikan program peningkatan kualiti perindustriannya selama 5 tahun bagaimanapun mereka laksanakan dalam 4 tahun untuk kita bagaimana ?  Telah dirancangkan untuk maju dalam berapa tahun lagi.? Ya 10 tahun yaitu Wawasan 2020 Malaysia Negara Maju. Sikap Kerja berkualiti ini perlu disemai dikalangan KAMU; anak2 cemerlang semua kerana kamulah yang akan menghirup kenikmatan MAJUnya Malaysia pada tahun 2020, kerana kamu berada dalam umur 27 hingga 22 tahun. Kualiti mengikut Idea dan kesungguhan individu Dr. Edward  adalah  kerja keras(hard work), keikhlasan bekerja(sincerity), ketulusan(decency) dan bertanggungjawab(personal responsibility) menukar dunia pengurusan. Dr Edwards “It is not enough to just do your best or work hard. You must know what to work on.”-

Dr. Deming’s menyenaraikan 14 perkara dalam buku  Out of the Crisis, sebagai rujukan pengurusan. 14 Perkara berkenaan mengujudkan suasana berkerja/belajar yang subur yang mana ianya mampu mengujudkan suasana yang effisyen ( efficient workplace), keberhasilan yang tinggi (higher performance and results), dan pertumbuhan produktiviti (productivity growth).

  • Include everyone in the company to accomplish the transformation

Theory of Profound Knowledge: Teori Dr Deming ini  percaya sesaorang yang ditempatkan dalam suasana berkerja/belajar yang subur  serta diberikan (adequately), bantuan(supports), tunjukajar (educates) dilengkapi dengan citarasa, cemerlang dan kebanggaan(nurtures senses of pride and responsibility)

85% daripada kebolehan itu ditentukan oleh suasana dan persekitaran masing-masing (determined by his environment) dan hanya sedikit yang dipengerahui keterampilan diri (and only minimally own skill)

Oleh itu setiap dari anda semua mempunyai potensi yang pelbagai (nearly unlimited potential). Terutama Anak-Anak Cemerlang semua kerana kerberadaan (presence) anda disini yaitu di SMK Jalan 4 ini  telah memberikan kamu semua kekuatan untuk  berusaha agar anda dapat memenuhi quota 85% yang dinyatakan tadi Dan hanya cuma 15% sahaja yang perlu diusahakan untuk meningkatkan keterampilan masing-masing

Jika anda telah dan sedang melalui transfomasi Kualiti ini maka anda menjadikan layak menjadi ( The individual, once transformed, will be):

  • Menjadi Contoh  (Set an example)
  • Berupaya mendengar (Be a good listener, but will not compromise);
  • Mengajar Orang Lain (Continually teach other people) and
  • Memberikan bantuan kepada kawan dan rakan untuk keluar dari paradigm lama kepada yang baru (Help people to pull away from their current practices and beliefs and move into the new philosophy without a feeling of guilt about the past.”)

Alkhaf 30 Allah berfirman:

{إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجْرَ مَنْ أَحْسَنَ عَمَلًا }

“Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal saleh tentulah Kami tidak akan mensia-siakan pahala orang yang melakukan amalannya dengan baik”

Dalam satu Hadith  “Allah amat menyayangi mereka apabila melaksanakan kerja, dia lakukan dengan sampurna (Itqan)

Oleh itu kita sebagai Muslim perlu faham bahawa dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab, kita perlu lakukan dengan bersungguh-sungguh sesempurna mungkin bagi memperoleh hasil kualiti yang terbaik terutama kita berada di sekolah yang membudayakan diri dengan semangat belajar dan bekerja dengan Cemerlang lagi  berkualiti.

Dengan iktiqad yang tulus dan prinsip kualiti yang terancang Keberhasilan Sekolah akan dapat di lihat dari sudut kecemerlangan Akademik serta kejayaan dalam sebarang pertandingan yang diambil bahagian oleh pihak Pengurusan Sekolah.  Semoga Berjaya

Selamat Menyambut Hari Kualiti

“KUALITI (Itqan) AMALAN KITA”

Sekian. Wassalamualaikum Wm. Wbrk

Rujukan :

http://en.wikipedia.org/wiki/W._Edwards_Deming

Demings 14 Points Summarised

  1. Create constancy of purpose and continual improvement – long term planning must replace short term reaction
  2. Adopt the new (Japanese) philosophy – by management and workers alike.
  3. Do not depend on (quality) inspection – build quality into the product and process
  4. Choose quality suppliers over low cost suppliers – to minimise variation in raw materials and supply.
  5. Improve constantly – to reduce variation in all aspects e.g. planning, production, and service.
  6. Training on the job – for workers and management, to reduce variation in how job is done.
  7. Leadership not supervision – to get people to do a better job, not just meet targets.
  8. Eliminate fear – encourage two-way communication, encourage employees to work in the organisation’s interest.
  9. Break down internal barriers – department’s in an organisation are “internal customers” to each other and must work together.
  10. Eliminate slogans (exhortations) – processes make mistakes not people. Management harassment of workers will create bad relations if no effort made to improve processes.
  11. Eliminate numerical targets – management by objectives (targets) encourages low quality.
  12. Remover barriers to worker satisfaction – including annual appraisals
  13. Encourage self improvement and education for all
  14. Everyone is responsible for continual improvement in quality and productivity – particularly top management

http://en.wikipedia.org/wiki/Statistical_process_control

*Statistical Process Control may be broadly broken down into three sets of activities: understanding the process; understanding the causes of variation; and elimination of the sources of special cause variation

http://www.sqc.org.sa/SQCDocs/Quality%20in%20Islam.pdf

Excellent Workmanship, High Quality, and Total Quality in the Civilization of Islam: Theory and Aspirations

–      Saudi Quality Council

Published in: on November 9, 2010 at 8:45 am  Tinggalkan Komen  

Laporan Program Aspirasi Anakku

Yang Berbahagia Para Ibu Bapa dan Penjaga Anak-Anak Cemerlang Semua

Dilampirkan Laporan untuk Program Aspirasi Anakku

PIBG SMK Jalan 4 Bandar Baru Bangi untuk rujukan dan semakan

ASPIRASI ANAKKU PIBG

Laporan disediakan Pn Zanariah Hj Kadir

Published in: on Jun 11, 2010 at 9:12 am  Tinggalkan Komen  
Tags: , , , , ,

(1)Ucapan Terima Kasih Atas Kehadiran Program Aspirasi AnakKu

YBhg Dato’/Prof/Tuan/Puan

Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

2. Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Sekolah Menengah Jalan Empat, Bandar Baru Bangi ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kesudian pihak YBhg Dato’/Prof/Tuan/Puan menghadiri Program Aspirasi Anakku “Anakku Tunas Negara” pada 22 Mei 2010.Kehadiran YBhg Dato’/Prof/Tuan/Puan itu amat bermakna kepada pihak kami dalam merapatkan hubungan antara ibu bapa dan guru serta merancang program-program untuk meningkatkan prestasi sekolah dari pelbagai aspek.

3. Pihak kami juga amat mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan yang boleh diberikan oleh YBhg Dato’/Prof/Tuan/Puan kepada pihak PIBG dan sekolah untuk tujuan mencemerlangkan lagi prestasi SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi.

4. Berikut ialah dapatan instrumen keberkesanan Program Aspirasi Anakku

-Program ini membantu saya merapatkan hubungan guru dengan ibu bapa
Setuju (93%)
Tidak setuju (7%)

-Isi kandungan program menepati objektif
Setuju (89.2%)
Tidak setuju (10.8%)

– Aktiviti program berkesan dan menarik
Setuju (87%)
Tidak setuju (13%)

-Program ini dapat menaikkan semangat kerjasama saya untuk meningkatkan keselesaan dan kecemerlangan anak-anak di sekolah
Setuju (82.7%)
Tidak setuju

– Program ini berkesan dan perlu diteruskan
Setuju (87%)
Tidak setuju (13%).

5. Sekali lagi, pihak PIBG dan Sekolah ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan mengharapkan pihak YBhg Dato’/Prof/Tuan/Puan akan sentaisa memberi sokongan kepada kami dalam apa jua bentuk dan sumbangan untuk menjana modal insan cemerlang anak-anak kita semua.

Salam Hormat

Prof. Madya/Assoc.Prof. Dr Hajjah Sapora Sipon. K.B, P.A
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan

b/p
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Sekolah Menengah Jalan 4,
Bandar Baru Bangi

Published in: on Jun 3, 2010 at 1:35 am  Tinggalkan Komen  

Ucapan YDP PIBG Sempena Hari Guru

Assalamualaikum Wm. WBr.
Tuan Pengerusi Majlis, Puan Hjh Norizan; Pengetua Kanan SMKJ 4 BBBangi , Barisan Pentadbir Sekolah, AJK PIBG, Para Guru Yang Di Raikan serta anak-anak cemerlang sekelian
Saya mulakan dengan beberapa rangkap pantun :
Pakai baju berselindang unggu
Pergi sekolah pukul satu
Murid Sentiasa hormatkan guru
Kerana Guru Pembekal Ilmu

Betik Masak lebat di pangkal
Buat bekal dibawa belayar
Baik budi cerdik akal
Hormatkan guru tekun belajar

Waktu malam mencencang halia
Masak cencaru berserai wangi
Arahan guru di patuh di setia
Tanda hormat guru disayangi

Ucapan saya kali ini menjurus kepada anak-anak cemerlang semua dalam perkara MENGHORMATI dan MENYAYANGI GURU anak-anak semua.

Izikan saya menyampaikan satu cerita. Rasulullah SAW pernah berjalan dan berjumpa dua kumpulan. Satu kumpulan melakukan mengikut istilah inggeris `supplicating’ atau `pettioning’ yaitu `mengharapkan pertolongan dari yang MAHA kuasa atau sedang berkumpul untuk BERDOA. Manakala kumpulan kedua pula merupakan satu kumpulan yang sedang berkumpul UNTUK mendengar pelajaran dari seorang guru. Agaknya ArRasul masuk kumpulan mana yang pertama atau kedua…?

ArRasul seterusnya berkata bahawa kumpulan pertama adalah kumpulan yang berdoa; tak pasti lagi samada ianya dimakbulkan atau tidak manakala kumpulan kedua adalah kumpulan belajar dan mengajar. Sesungghnya aku diutuskan untuk menjadi Pengajar buat umat manusia. Maka ArRasul SAW masuk bersama kumpulan kedua.

Begitulah mulianya guru / tenaga pengajar. Oleh itu anak-anak cemerlang mesti menghormati guru seperti yang saya nyatakan dalam rangkap pantun tadi maka terdapat tiga tunggak penting dalam MENGHORMATI guru kerana :
1. Guru Pembekal Ilmu
2. Guru Mencerna Budi
3. Guru Pengilap Akal

Untuk menyayangi guru pula terdapat satu hadith riwayat Syaidina Abu Bakar asSidiq berkata ” aku mendengar ArRasul bersabda Jadilah kamu 4 golongan Golongan 1. Seorang Ilmuan 2. Seorang Pelajar 3 Seorang Pendengar 4. Seorang yang sayangkan ilmu tapi jangan jadi golongan ke 5 kerana ianya golongan yang dilaknati. Siapa dia ” mengikut Ataq kepada Misar ” golongan kelima adalah golongan yang benci akan ilmu dan orang yang beramal dan menyampaikannya…!
Maka jadilah golongan yang MENYAYANGI ILMU serta orang yang BERAMAL serta MENYAMPAIKAN ilmu yaitu para GURU

Kaedah bagaimana untuk menyayangi GURU adalah seperti berikut:
1. Patuh
2. Setia
3. Tekun Belajar

Menghormati guru merupakan prinsip yang utama sepertimana yang di tekankan dalam Kata ArRasul SAW riwayat Abdullah b. Masud ” TIDAK Dibolehkan CEMBURU melainkan pada dua keadaan yaitu :
1. Cemburu terhadap orang yang dikurniakan harta dan ianya membelanjakan dengan baik dan disalurkan dengan cara yang baik seperti kepada orang yang memerlukan
2 Cemburu terhadap orang yang diberikan ilmu, mengamalkannya serta menyampaikan kepada orang lain

PANTUN PENUTUP BICARA SAYA :

Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi Guru Kita terima
Jadi Kenangan bertahun-tahun

GURU bagaikan NTV7 Ceria Selalu
GURU kadang kala jadi TV3.kerana
……….menjadi Inspirasi Hidupku
GURU juga bagaikan TV9 Dekat d Hati
Tapi yang pentingnya GURU adalah macam PAKEJ ASTRO macam-macam ada

Anak-anak semua harus menjadi manusia yang bukan sahaja MENGHORMATI malah MENYAYANGI guru melalui 3 prinsip seperti yang dinyatakan tadi

Akhir kata saya bagi pihak IBU Bapa pelajar SMK Jalan 4 Bandar Baru Bangi mengucapkan
” SELAMAT HARI GURU CIKGU ”
semoga segala usaha dirahmati dan diberkati Allah SWT. Dengan lafaz “Bismillahir Rahmannir Rahim ” saya merasmikan sambutan Hari Guru SMKJ4 bagi tahun 2010. Sekian Wassalam

Ir HJ Ahmad Mustaffa Mustaal Hj Abdullah YDP PIBG pada 17hb Mei 2010 Di Dataran Cemerlang SMKJ4 BBBangi

Published in: on Mei 27, 2010 at 11:17 am  Comments (1)  
Tags: , , ,

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Published in: on Mei 27, 2010 at 4:57 am  Tinggalkan Komen