Ucapan YDP PIBG Sempena Hari Guru

Assalamualaikum Wm. WBr.
Tuan Pengerusi Majlis, Puan Hjh Norizan; Pengetua Kanan SMKJ 4 BBBangi , Barisan Pentadbir Sekolah, AJK PIBG, Para Guru Yang Di Raikan serta anak-anak cemerlang sekelian
Saya mulakan dengan beberapa rangkap pantun :
Pakai baju berselindang unggu
Pergi sekolah pukul satu
Murid Sentiasa hormatkan guru
Kerana Guru Pembekal Ilmu

Betik Masak lebat di pangkal
Buat bekal dibawa belayar
Baik budi cerdik akal
Hormatkan guru tekun belajar

Waktu malam mencencang halia
Masak cencaru berserai wangi
Arahan guru di patuh di setia
Tanda hormat guru disayangi

Ucapan saya kali ini menjurus kepada anak-anak cemerlang semua dalam perkara MENGHORMATI dan MENYAYANGI GURU anak-anak semua.

Izikan saya menyampaikan satu cerita. Rasulullah SAW pernah berjalan dan berjumpa dua kumpulan. Satu kumpulan melakukan mengikut istilah inggeris `supplicating’ atau `pettioning’ yaitu `mengharapkan pertolongan dari yang MAHA kuasa atau sedang berkumpul untuk BERDOA. Manakala kumpulan kedua pula merupakan satu kumpulan yang sedang berkumpul UNTUK mendengar pelajaran dari seorang guru. Agaknya ArRasul masuk kumpulan mana yang pertama atau kedua…?

ArRasul seterusnya berkata bahawa kumpulan pertama adalah kumpulan yang berdoa; tak pasti lagi samada ianya dimakbulkan atau tidak manakala kumpulan kedua adalah kumpulan belajar dan mengajar. Sesungghnya aku diutuskan untuk menjadi Pengajar buat umat manusia. Maka ArRasul SAW masuk bersama kumpulan kedua.

Begitulah mulianya guru / tenaga pengajar. Oleh itu anak-anak cemerlang mesti menghormati guru seperti yang saya nyatakan dalam rangkap pantun tadi maka terdapat tiga tunggak penting dalam MENGHORMATI guru kerana :
1. Guru Pembekal Ilmu
2. Guru Mencerna Budi
3. Guru Pengilap Akal

Untuk menyayangi guru pula terdapat satu hadith riwayat Syaidina Abu Bakar asSidiq berkata ” aku mendengar ArRasul bersabda Jadilah kamu 4 golongan Golongan 1. Seorang Ilmuan 2. Seorang Pelajar 3 Seorang Pendengar 4. Seorang yang sayangkan ilmu tapi jangan jadi golongan ke 5 kerana ianya golongan yang dilaknati. Siapa dia ” mengikut Ataq kepada Misar ” golongan kelima adalah golongan yang benci akan ilmu dan orang yang beramal dan menyampaikannya…!
Maka jadilah golongan yang MENYAYANGI ILMU serta orang yang BERAMAL serta MENYAMPAIKAN ilmu yaitu para GURU

Kaedah bagaimana untuk menyayangi GURU adalah seperti berikut:
1. Patuh
2. Setia
3. Tekun Belajar

Menghormati guru merupakan prinsip yang utama sepertimana yang di tekankan dalam Kata ArRasul SAW riwayat Abdullah b. Masud ” TIDAK Dibolehkan CEMBURU melainkan pada dua keadaan yaitu :
1. Cemburu terhadap orang yang dikurniakan harta dan ianya membelanjakan dengan baik dan disalurkan dengan cara yang baik seperti kepada orang yang memerlukan
2 Cemburu terhadap orang yang diberikan ilmu, mengamalkannya serta menyampaikan kepada orang lain

PANTUN PENUTUP BICARA SAYA :

Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi Guru Kita terima
Jadi Kenangan bertahun-tahun

GURU bagaikan NTV7 Ceria Selalu
GURU kadang kala jadi TV3.kerana
……….menjadi Inspirasi Hidupku
GURU juga bagaikan TV9 Dekat d Hati
Tapi yang pentingnya GURU adalah macam PAKEJ ASTRO macam-macam ada

Anak-anak semua harus menjadi manusia yang bukan sahaja MENGHORMATI malah MENYAYANGI guru melalui 3 prinsip seperti yang dinyatakan tadi

Akhir kata saya bagi pihak IBU Bapa pelajar SMK Jalan 4 Bandar Baru Bangi mengucapkan
” SELAMAT HARI GURU CIKGU ”
semoga segala usaha dirahmati dan diberkati Allah SWT. Dengan lafaz “Bismillahir Rahmannir Rahim ” saya merasmikan sambutan Hari Guru SMKJ4 bagi tahun 2010. Sekian Wassalam

Ir HJ Ahmad Mustaffa Mustaal Hj Abdullah YDP PIBG pada 17hb Mei 2010 Di Dataran Cemerlang SMKJ4 BBBangi

Published in: on Mei 27, 2010 at 11:17 am  Comments (1)  
Tags: , , ,

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Published in: on Mei 27, 2010 at 4:57 am  Tinggalkan Komen