Pantun YDP PIBG SMKJ4 Sempena Kemasukan Tahun 2012

 

Sg Langat Airnya Tenang

Menyelusuri Bandar Baru Bangi

Selamat Datang Murid Cemerlang

Ke SMK J4 Sek Berprestasi Tinggi

Acap Tahun menjadi Rebutan

Buat Ibubapa & Murid yg Berprestasi

PIBG yakini Ibubapa memberikan  Sokongan & Penglibatan

Setelah Impian sebagai Warga SMKJ4 menjadi Realiti

Impian PIBG membina Surau & Padang

Pelbagai Usaha telah & akan di cerna

Program 2012 Bacathon akan di bentang

Demi menyediakan Keselesaan buat semua

Pencapaian demi pecapaian telah bersemi

Ianya kerana SMKJ4 sekolah Pilihan

Masih terdapat mereka yang bersikap dengki

Dengan menjadikan Sekolah Bukan Pilihan

Published in: on Februari 29, 2012 at 4:11 pm  Tinggalkan Komen  
Tags: , , , ,

Taklimat YDP Program Aspirasi Anakku

Assalamualaikum Puan Pengerusi Majlis, Puan Pengetua Kanan Puan Hjh Norizan Mohammad, Barisan Pentadbir Sekolah, Para AJK PIBG, dan khususnya kepada para Ibu Bapa yang saya hormati sekalian. Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT diatas kekuatan untuk melaksanakan program ini

Selamat Datang ke Program Aspirasi Anakku dan terima kasih buat tuan-tuan dan puan-puan diatas kesudian melapangkan masa demi masa depan anak-anak kita bersama. Matlamat utama program ini adalah untuk mengujudkan pasukan ibu-bapa dan guru yang mesra dan kuat bagi memastikan kelangsungan program yang dirancang oleh pihak sekolah dapat diraikan serta disertai oleh ibu bapa semua.

Izinkan saya mengemukakan 3 strategi buat PIBG sessi 2010/11 ini yaitu :

1. Menubuhkan SATU PASUKAN ibu/bapa dan guru yang efektif

2. Projek PIBG berasaskan PENGUMPULAN DANA

3. Mendukung dan menyokong program-program yang dirancang oleh pihak sekolah dan telah di masukan dalam takwim sekolah buat tahun 2010

Berasaskan stretegi diatas disertakan kaedah perlaksanaan buat stretegi berkenaan adalah seperti berikut :

1. Menubuhkan SATU PASUKAN ibu/bapa dan guru yang efektif
Melalui : Program Aspirasi Anakku
Program Kolokium bersama Ibu/bapa dan Guru
Sasaran : 5 ibubapa / Guru
2. Projek PIBG berasaskan PENGUMPULAN DANA
Melalui : Program Larian PIBG 2011
Program 3M – Menderma, Mewakaf dan Menaja
Sasaran : RM 70,000 atau 70% dari yuran Ibubapa
3 Mendukung dan menyokong program-program yang dirancang oleh pihak sekolah dan telah di masukan dalam takwim sekolah buat tahun 2010 Melalui : Klas Tuition Tingkatan 1,2 dan 4
Program Bitara
Peruntukan : RM 50,000.00
Melalui program dibawah strategi pertama, ianya diharapkan dapat menghasilkan jalinan dan jaringan dikalangan ibu-bapa dan guru dengan sasaran 5 ibubapa bagi setiap guru
tingkatan. Disamping itu dapat juga meningkatkan kerjasama dan pemaufakatan di kalangan kedua-dua kumpulan berkenaan.

Hasilnya kita mengharapkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dapat dilaksanakan disamping pemantauan yang lebih efektif dibuat dan dilaksanakan dikalangan ibubapa. Juga diharapkan melalui hubungan akrab ini beban tugas guru dapat dikurangkan.

Selain dari itu untuk strategi kedua pula ;  adalah menjadi tugas utama PIBG dalam mengumpul dan meningkatkan DANA PIBG dengan sasaran sebanyak RM 70,000.00 melalui Program Larian 2011 dan Program 3M PIBG. Melalui pengumpulan DANA yang mencukupi diharapkan ianya membantu pihak sekolah dalam program akademik dan kokurikulam yang telah di rancang

Untuk Strategi Ke tiga ; Pihak PIBG tidak berhasrat menambah jumlah program yang sedia ada yaitu sebanyak 64 program setahun dalam takwin sekolah sebaliknya akan neminta para Ibubapa untuk turut sama memperkasa dengan terlibat sama dalam merancang dan menjayakan program-program berkenaan. Program Aspirasi Anakku adalah satu usaha kearah penglibatan ibubapa dalam program-program sekolah berkenaan.

Akhir kata saya mengalu-alukan kesudian tuan-tuan dan puan-puan untuk menghadiri majlis pada pagi yang mulia ini dan mudah-mudahan usaha ini dapat meningkatkan penglibatan ibubapa dalam program-program sekolah demi kejayaan dan kecemerlangan anak-anak kita semua. Semoga Allah SWT memberkati usaha kita. Sekian Terima Kasih

Published in: on Jun 17, 2010 at 3:09 am  Tinggalkan Komen  

A Partnership of-parents-and-teachers

A star report on parents and teachers partnership

href=”http://psbtpnsarawak.wordpress.com/2010/06/09/a-partnership-of-parents-and-teachers/”>

Published in: on Jun 14, 2010 at 9:11 am  Tinggalkan Komen