UCAPAN LARIAN AMAL

UCAPAN YDP PIBG IR HJ AHMAD MUSTAFFA MUSTAAL HJ ABDULLAH

LARIAN AMAL PIBG 2011
SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi.
Sabtu 19 Feb. 2011

Bismillahir Rahmanir Rahim,
Assalamualaikum WBKT dan Selamat sejahtera
Yang Berbahagia Dato’ Fathil Daud, Ketua UMNO Bahagian Serdang,
Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat,
Yang Berusaha Pn Hajah Noorizan bt Mohamed, Pengetua SMKJE
Pn Nurul Aini Chan bt Abdullah, Penolong Kanan,
Pn Hajah Jahani bt Kafi, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn Hajah Ruzlina bt Mohd Yusof, Penolong Kanan Kokurikulum
AJK PIBG, guru-guru dan murid-murid sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama berkumpul untuk menjayakan satu lagi program PIBG iaitu Larian Amal 2011.

Dato’-dato’, Datin-datin, tuan-tuan dan puan yang dirahmati Allah sekalian,
Program ini adalah satu program tahunan sekolah yaitu merentas desa yang dinaiktaraf agar ianya dijadikan Program PIBG dalam usahanya meningkatkan DANA bagi pembinaan padang sekolah, dan mempertingkatkan pembangunan kokurikulum. Sasaran Dana untuk program ini adalah sebanyak RM 390,000.00. Justeru itu, kita telah mengedarkan kad kutipan larian amal kepada semua ibu bapa/penjaga, guru-guru dan murid-murid.
Kutipan ini tidak terhenti pada hari ini tetapi akan diteruskan sehingga kita mencapai sasaran yang dinyatakan.
PIBG menyokong penuh Objektif Sekolah untuk mengadakan larian amal ini dalam menggerakkan aktiviti berbentuk kecergasan dan ke arah pembangunan modal insan. Insan yang sihat dan cergas sahajalah yang berkeupayaan melaksanakan sesuatu tugas dengan berkesan serta dapat memuaskan hati pelanggannya.
Oleh yang demikian, saya menyarankan supaya kita terus melibatkan diri dengan aktiviti berbentuk kecergasan bukan hanya dalam program larian amal malah sebagai amalan harian dalam menjaga serta meningkatkan lagi kesihatan diri kita. InsyaaAllah.

Larian amal pada hari ini terbuka kepada semua murid, guru, ibu bapa/penjaga dan kakitangan SMK Jalan Empat serta Sekolah sekolah jemputan yang berhampiran. Larian Amal ini juga mampu meningkatkan hubungan silaturahim dikalangan ibubapa, para guru serta Komuniti pendidikan setempat yang telah sedia terjalin

Dato’-dato’, Datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian,

Kita juga perlu menyedari bahawa dalam sesuatu pertandingan, kemenangan atau kekalahan bukanlah SATU-SATUnya ukuran dalam menentukan kualiti sesebuah pasukan. Sebaliknya kualiti yang baik itu diukur pada pasukan yang senantiasa menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, bersatu padu, bertoleransi, sikap menerima kekalahan serta meraikan kemenangan dengan berhemah. Saya amat berharap agar Larian Amal ini akan berjalan dalam suasana yang meriah dan ceria berlandaskan semangat kesukanan yang tulen.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak-pihak yang telah menghulurkan sumbangan dan kepada yang belum, esok masih ada dan teruslah berbakti untuk SMKJ4.

Tidak lupa saya mengucapkan terima kasih juga kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam memberikan kerjasama dalam menjayakan Larian Amal ini.
Sekian. Wabillahitaufik walhidayah, wassalam…

Ir HJ Ahmad Mustaffa Mustaal b. HJ Abdullah
YDP PIBG SMK Jalan 4 Bandar Baru Bangi

Published in: on Februari 14, 2011 at 3:57 pm  Tinggalkan Komen  

The URI to TrackBack this entry is: https://ydppibgsmkj4bbb.wordpress.com/2011/02/14/larian-amal-pibg-smkj/trackback/

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: