(1)Ucapan Terima Kasih Atas Kehadiran Program Aspirasi AnakKu

Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.
2.  Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Sekolah Menengah Jalan Empat, Bandar Baru Bangi ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih  di atas kesudian pihak YBhg Dato’/Prof/Tuan/Puan menghadiri Program Aspirasi Anakku “Anakku Tunas Negara” pada 22 Mei 2010.Kehadiran YBhg Dato’/Prof/Tuan/Puan itu amat bermakna kepada pihak kami dalam merapatkan hubungan antara ibu bapa dan guru serta merancang program-program untuk meningkatkan prestasi sekolah dari pelbagai aspek.
3. Pihak kami juga amat mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan yang boleh diberikan oleh YBhg Dato’/Prof/Tuan/Puan kepada pihak PIBG dan sekolah untuk tujuan mencemerlangkan lagi prestasi SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi.
4. Berikut ialah dapatan instrumen keberkesanan Program Aspirasi Anakku
-Program ini membantu saya merapatkan hubungan guru dengan ibu bapa
Setuju  (93%)
Tidak setuju (7%)
-Isi kandungan program menepati objektif
Setuju  (89.2%)
Tidak setuju (10.8%)
– Aktiviti program berkesan dan menarik
Setuju  (87%)
Tidak setuju (13%)
-Program ini dapat menaikkan semangat kerjasama saya untuk meningkatkan keselesaan dan kecemerlangan anak-anak di sekolah
Setuju (82.7%)
Tidak setuju
– Program ini berkesan dan perlu diteruskan
Setuju (87%)
Tidak setuju (13%).
5.  Sekali lagi, pihak PIBG dan Sekolah ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan mengharapkan pihak YBhg Dato’/Prof/Tuan/Puan akan sentaisa memberi sokongan kepada kami dalam apa jua bentuk dan sumbangan untuk menjana modal insan cemerlang anak-anak kita semua.
Salam Hormat

Prof. Madya/Assoc.Prof. Dr Hajjah Sapora Sipon. K.B, P.A
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
b/p
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Sekolah Menengah Jalan 4,
Bandar Baru Bangi
Diterbitkan on Jun 3, 2010 at 1:40 am  Tinggalkan Komen  

The URI to TrackBack this entry is: https://ydppibgsmkj4bbb.wordpress.com/1ucapan-terima-kasih-atas-kehadiran-program-aspirasi-anakku/trackback/

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: